Turkiye Isytihar Ketua Daesh Terbunuh di Utara Syria

2023-05-02 12:07:06  CRI
Share with:

Abu Hussein al-Qurayshi, ketua Daesh terbunuh dalam satu  operasi tentera Turkiye di utara Syria, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada malam Ahad.

Dalam satu temu bual dengan televisyen TRT Turk, Erdogan mendedahkan bahawa agensi perisikan Turkiye, MIT, pernah mengekori mendiang ‘untuk suatu masa yang lama’.

Menurut laporan media Turkiye, ketua kumpulan pelampau itu terbunuh dalam pertempuran antara MIT dengan militan Daesh di kota Jandaris, utara Syria pada malam Sabtu. Pada saat berakhirnya pertempuran itu yang berlangsung selama kira-kira sejam, bunyi letupan bom yang kuat terus kedengaran di kawasan sekitarnya.