China, Enjin Penting bagi Pemulihan Ekonomi Sejagat
Selaku entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, China merupakan enjin penting bagi pemulihan ekonomi sejagat dan akan terus memainkan peranan dalam menstabilkan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi sejagat pada tahun 2023.
Demikian dinyatakan Presiden Gabungan Dewan Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Low Kian Chuan ketika diwawancara Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.
Menurut data terkini yang dikeluarkan Biro Statistik Negara China, Keluaran Dalam Negara Kasar China bagi suku pertama tahun ini meningkat 4.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Tan Sri Low Kian Chuan berkata, data tersebut menunjukkan ekonomi China telah mewujudkan permulaan yang baik dan menunjukkan trend perkembangan yang positif. Beliau yakin ekonomi China akan mengekalkan trend pemulihan ke arah akomodatif dan mampan dan ini akan memberikan rangsangan terhadap ekonomi Malaysia bahkan seluruh rantau Asia-Pasifik.
ACCCIM sebagai salah satu organizer negaranya muncul dalam Ekspo Pengimportan China untuk lima tahun berturut-turut. Beliau menyatakan bahawa China telah menyediakan banyak platform untuk meningkatkan tahap keterbukaan melalui penganjuran siri pameran peringkat antarabangsa serta pembinaan zon rintis perdagangan bebas, yang dilihat juga menyediakan peluang baharu kepada usaha merancakkan kerjasama serantau.
Tan Sri menyatakan bahawa China dan ASEAN adalah rakan dagang terbesar antara satu sama lain, maka diharapkan zon perdagangan bebas China-ASEAN versi 3.0 dapat membina pasaran yang lebih terbuka, menyediakan senarai negatif yang lebih pendek, mewujudkan akses pasaran yang lebih bebas, menggalakkan aktiviti pelaburan dan mendorong kerjasama ekonomi.