Dilpomasi Korea Selatan Dicela 'Tertinggal pada Masa Perang Dingin'

2023-05-03 13:41:28  CRI
Share with:

Diplomasi kerajaan Korea Selatan "masih tertinggal pada masa Perang Dingin".

Celaan demikian dilontarkan Parti Minjoo, iaitu parti pembangkang terbesar di Korea Selatan semalam, susulan lawatan presiden negaranya ke Amerika Syarikat yang telah menimbulkan kritikan meluas dari dalam dan luar negeri baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan parti tersebut semalam, lawatan terbabit hanya menyia-nyiakan hasrat rakyat negaranya yang mahu melihat suatu pencapaian yang benar-benar. Di mata mereka, "diplomasi  bermodelkan ideologi" yang ditekankan kerajaan akan menyebabkan ruang diplomatik negaranya terbatas dan kepentingan negaranya  terjejas.