Pameran Pertahanan Maritim Antarabangsa Asia ke-13 di Singapura

2023-05-04 13:27:33  CRI
Share with:

Pameran Pertahanan Maritim Antarabangsa ke-13 membuka tirainya di Pusat Pameran Changi Singapura pada Rabu. Sebahagian konglomerat antarabangsa mempamerkan produk maritim buatannya yang mencerminkan hasil sains dan teknologi terkini yang melibatkan sistem senjata untuk kegunaan kapal perang, sistem pemanduan tanpa pemandu dan sistem enjin perkapalan. Dalam tempoh pameran itu, pegawai tentera laut dan jabatan penguatkuasa maritim dari pelbagai negara akan mengadakan dialog untuk memupuk rasa saling percaya dan memperkukuh kerjasama di rantau Asia-Pasifik.

Difahamkan, pameran yang akan berlangsung hingga 5 Mei ini telah menarik kehadiran lebih 200 buah syarikat dari 25 buah negara dan kawasan.