Setiausaha Agung PBB Gesa Pelbagai Pihak Sudan Wujudkan Gencata Senjata

2023-05-04 16:06:42  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru pelbagai pihak terlibat di Sudan kembali ke meja rundingan agar mencapai gencatan senjata dengan secepat mungkin.

Dalam sidang media selepas mesyuarat pegawai kanan PBB yang diadakan di Nairobi, Kenya pada Rabu waktu tempatan, Guterres menyatakan bahawa PBB memberikan perhatian besar kepada situasi Sudan yang makin buruk. PBB sudah siap sedia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Sudan. Naib Setiausaha Agung PBB bagi urusan kemanusiaan yang juga penyelaras bantuan cemas, Martin Griffiths sudah tiba di Sudan untuk memastikan kerja bantuan kemanusiaan dapat dijalankan dengan lancar.

Guterres menyeru pelbagai pihak di Sudan membenarkan kemasukan barangan bantuan ke negara itu agar barangan itu dapat diagihkan kepada orang yang amat memerlukannya dengan selamat dan cepat.