Fed Naikkan Kadar Faedah Sebanyak 25 Mata Asas

2023-05-04 15:22:24  CRI
Share with:

 Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengumumkan menaikkan sekali lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas dan kadar dana persekutuan dinaikkan kepada julat antara 5 peratus hingga 5.25 peratus setelah mengakhiri mesyuarat dasar monetari selama dua hari pada Rabu.

Ini merupakan kali ke-10 bagi Fed menaikkan kadar faedah dalam tempoh gerak kerja pusingan ini yang bermula Mac 2022, sekali gus menyaksikan kenaikan kadar faedah kumulatif mencatat sebanyak 500 mata asas.

Pengerusi Fed, Jerome Powell pada sidang media selepas berakhirnya mesyuarat itu berkata bahawa mesyuarat dasar monetari kali ini tidak membuat keputusan untuk menggantung tindakan menaikkan kadar faedah.

“Fed bersedia untuk berbuat sedemikian, sekiranya diperlukan dasar monetari yang lebih ketat.

“Untuk melihat inflasi yang mereda diperlukan suatu masa yang agak panjang, dan (Fed) berkemungkinan mempertimbangkan untuk menurunkan kadar faedah selepas permintaan dan pasaran  pengambilan pekerja menguncup," katanya.