Kemakmuran Ekonomi Percutian China, Isyarat Positif bagi Dunia

2023-05-05 13:40:25  CRI
Share with:

Badan media dan tokoh-tokoh pelbagai negara menyatakan bahawa perbelanjaan yang hangat dalam tempoh percutian perayaan Hari Pekerja 2023 di China telah menunjukkan momentum  kuat dalam pertumbuhan ekonomi China sekali gus mengeluarkan isyarat positif kepada dunia.

The Wall Street Journal melaporkan pada Rabu bahawa penggunaan terus berperanan sebagai pemacu ekonomi China, terbukti dengan seramai 274 juta orang yang keluar melancong dalam negeri sepanjang percutian Hari Pekerja di China, meningkat hampir 71% berbanding tempoh yang masa tahun lalu.

Menurut laporan CNN pula, jumlah pengembara yang menumpang kereta api di China pada hari pertama dalam tempoh percutian tersebut mencipta rekod baharu. Ekonomi China pada suku tahun pertama meningkat 4.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Keghairahan perbelanjaan domestik berlanjutan hingga percutian Hari Pekerja.

Ada juga tokoh asing yang menyatakan bahawa kemakmuran pelancongan semasa percutian menggambarkan ekonomi China yang akomodatif dan dinamik, dan selanjutnya boleh membantu memperkukuh keyakinan pelbagai negara terhadap industri pelancongan dan pemulihan ekonomi sejagat.