Pertumbuhan Ekonomi China Berpotensi Cerah

2023-05-05 15:52:13  CRI
Share with:

Data pihak berkuasa China menunjukkan jumlah perjalanan pelancongan domestik negara ini mencatat 274 juta kali dalam tempoh percutian sambutan “Hari Pekerja” tahun ini, meningkat 70.83% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan jumlah pendapatan pelancongan mencatat RMB148.056 bilion (RM92.53 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 128.9 peratus. Manakala jumlah tempahan hotel melalui platform pelancongan berkaitan meningkat lebih daripada 10 kali ganda berbanding tempoh yang sama  tahun 2019.

Seiring dengan penguatkuasaan dasar imigrasi yang sudah dikemaskini, jumlah pelancong China yang melakukan perjalanan ke luar negara melambung tinggi dalam tempoh percutian ini.

Data dari platform pelancongan yang berkaitan menunjukkan jumlah tempahan keseluruhan produk pelancongan ke luar negara di Tanah Besar China melonjak lebih 18 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

China mengutamakan usaha pemulihan dan peningkatan penggunaan pada tahun ini, dan mengeluarkan siri dasar untuk meningkatkan permintaan domestik, menggalakkan penggunaan, menjana pendapatan penduduk dan memperbaiki persekitaran penggunaan.

Setelah menyaksikan pertumbuhan ekonomi domestik yang luar jangkaan pada suku pertama tahun ini, China menyaksikan lagi banyak data penggunaan sepanjang percutian Hari Pekerja yang juga luar jangkaan,  yang mencerminkan penggerak pasaran penggunaan domestik mengukuh dan peranan penggunaan terhadap pertumbuhan ekonomi meningkat.

Permintaan domestik China yang kukuh turut memacu pertumbuhan ekonomi global. Tabung Kewangan Antarabangsa dalam laporan tinjauan ekonomi rantau Asia Pasifik terkini menyatakan, sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi global menduduki tempat pertama di rantau Asia Pasifik. Sementara itu, Kumpulan Goldman Sachs meramalkan bahawa pemulihan secara menyeluruh permintaan domestik China akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK global sebanyak  kira-kira 1%  menjelang akhir tahun ini.

Kehadiran banyak syarikat asing yang bertalu-talu membawa produknya ke pameran yang diadakan di China dan melabur untuk membina kilang, serta lawatan para pengelola peringkat tinggi dari konglomerat transnasional ke negara ini membuktikan dunia luar menaruh perhatian yang semakin besar terhadap China dan “kereta api ekspres” pembangunan ekonomi China ini tidak boleh dilepaskan.