Pertemuan Menteri Luar China-India

2023-05-05 14:25:12  CRI
Share with:

China bersedia mendorong pemulihan hubungan bilateral yang sihat dan stabil dengan India, dengan harapan agar terus melaksanakan persepakatan pemimpin negara, memperkukuh hasilan yang tercapai, di samping meredakan ketegangan di kawasan sempadan.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Qin Gang setelah menemui rakan sejawatnya dari India, S. Jaishankar ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Goa, India semalam.

S. Jaishankar berharap memelihara kedamaian dan kestabilan di kawasan sempadan dengan China menerusi rundingan.