Penggodaman Empayar yang Berleluasa

2023-05-06 15:45:02  CRI
Share with:

Laporan siasatan yang diumumkan bersama oleh Pusat Respons Kecemasan Virus Komputer China (CVERC) dan Qihoo 360 Technology Co. Ltd. baru-baru ini mendedahkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) sejak sekian lama mengumpulkan maklumat kerajaan, syarikat dan rakyat negara asing, melaksanakan “evolusi damai” dan “revolusi berwarna” secara rahsia di merata-rata tempat di dunia, dan tidak pernah berhenti dalam melakukan perisikan dan pencurian maklumat. Sebagai satu cakar “empayar penggodam”, CIA sudah berubah menjadi ancaman bagi keselamatan dan pembangunan global.

Seiring dengan terbentuknya strategi ruang siber yang agresif tajaan kerajaan AS pada abad ke-21, CIA pula berubah menjadi penggodam dan sudah membangunkan dan menghasilkan alat penyerang siber dalam jumlah besar.

Pada tahun 2020, Qihoo pernah menemui sebuah kumpulan APT yang bertindak khusus melancarkan serangan siber terhadap China dan negara rakannya serta melakukan pengintipan. Dimaklumkan, persenjataan siber milik Washington itu mampu mengakses hampir kesemua jaringan internet dan aset yang disambung dengan Internet of Things, dan juga mampu mengawal ruang siber negara lain dan mencuri data penting dan sensitif.

Dimaklumkan, pada beberapa dekad lalu, CIA sekurang-kurangnya telah atau cuba menggulingkan 50 kerajaan sah negara lain untuk menimbulkan huru-hara. Beberapa banyak “revolusi berwarna” telah dilakukan CIA berdasarkan teknologi internet dan telekomunikasi yang hebat.

Beberapa tahun kebelakangan ini, cakar tajam Washington itu mendapat belanjawan dan sumber yang semakin banyak sedangkan kuasanya pun kian meningkat seiring dengan penggodaman dan pengintipan yang dilakukannya kian berleluasa di dunia. Jika, CIA, pendalang yang terbesar dalam empayar penggodam, terus meludah ke langit, pasti ludah itu terkena muka sendiri.