WHO: COVID-19 Bukan Lagi Peristiwa Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa

2023-05-06 14:59:14  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengumumkan bahawa pandemik  COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai "Peristiwa Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa ", dan pihaknya membatalkan amaran tahap tertinggi yang diberikan pada 30 Januari 2020. 

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berdasarkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan WHO setelah melakukan penilaian terhadap keadaan wabak di seluruh dunia pada Khamis.

“Pandemik telah menunjukkan trend penurunan, imuniti orang ramai menyaksikan peningkatan, kadar kematian menurun secara beransur-ansur, tekanan kepada sistem kesihatan global telah berkurangan, dan rakyat  kembali menjalani kehidupan normal di kebanyakan negara.

"Namun, ia tidak bermakna COVID-19 bukan lagi satu ancaman kesihatan global. Jika dunia sekali lagi berada dalam situasi bahaya akibat COVID-19, saya tidak teragak-agak akan memanggil pakar untuk menjalankan penilaian terhadap situasi terbabit." katanya.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, dunia ini pernah dilanda banyak kali gelombang COVID-19 akibat kewujudan varian seperti Alpha, Delta dan Omicron.

Menurut data WHO,  jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia melebihi 760 juta kes dan mengakibatkan hampir 6.9  juta penduduk meninggal dunia.