Rundingan Damai Sudan Peringkat Awal Diadakan di Jeddah

2023-05-07 15:06:06  CRI
Share with:

Wakil daripada dua pihak yang berkonflik di Sudan telah tiba di bandar Jeddah, barat Arab Saudi pada Sabtu untuk mengadakan rundingan bukan secara empat mata mengenai isu mewujudkan gencatan senjata kemanusiaan.

Stesen TV Al Arabiya memetik berita daripada Kementerian Luar Arab Saudi melaporkan bahawa Menteri Luar Arab Saudi dalam satu kenyataannya berharap “dialog di Jeddah” antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) boleh menjadi permulaan bagi mengakhiri konflik di Sudan. Menurut laporan berkenaan, rundingan peringkat awal kali ini tidak melibatkan isu menghentikan peperangan.