Kes Tembakan pada Hujung Minggu, 12 Terbunuh

2023-05-08 14:38:49  CRI
Share with:

Beberapa kes tembakan berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh termasuk penembak, manakala lebih 10 lagi cedera.

Pada awal pagi 6 Mei, kes tembakan berlaku di parti graduasi sekolah tinggi di bandar Houston, Texas, menyebabkan seorang wanita berusia 16 tahun terbunuh.

Pada petang 6 Mei, kes tembakan besar-besaran berlaku di sebuah kawasan komersial di Dallas, Texas, mengkibatkan 9 orang maut termasuk penembak, dan 7 lagi cedera.

Menurut laman web Gun Violence Archive (GVA), sehingga 7 Mei, kes yang melibatkan senjata api telah meragut 14,684 nyawa di AS, manakala 11,638 lagi cedera.