BRI Bukan Hanya Kerjasama Projek Infrastruktur

2023-05-08 16:52:42  CRI
Share with:


Persembahan silap mata ‘RIDE THE WIND 2023’ musim terkini ditayangkan hujung minggu lalu, dan Satria sangat tertarik dengan beberapa selebriti dari luar negara seperti Chi Pu dari Vietnam dan MARiA dari Jepun.

 

Selain mereka, juga terdapat selebriti dari Jerman, Amerika Syarikat, Rusia dan lain-lain turut serta dalam program tersebut.

 

Amat menarik menonton interaksi 33 ‘kakak’ yang berumur 30 tahun hingga 52 tahun dan berasal dari negara yang berbeza. Yang lebih menarik, untuk saling memahami dengan lebih baik, setiap ‘kakak’ membawa sehidangan masakan kampung halaman yang terkenal untuk berkongsi dengan orang lain dalam jamuan pertama.

 

Pada masa sama, kawan-kawan di Malaysia pastinya tertarik oleh temasya Sukan SEA yang membuka tirai pada minggu lalu.

 

Mungkin anda nak tahu satu fakta menarik iaitu majlis perasmian SEA serta persembahan bunga api kali ini dianjurkan oleh kumpulan profesional dari China.

 

Kumpulan dari China itu berulang kali melawat kawasan tempatan untuk memahami budaya dan adat resam tempatan supaya persembahan majlis perasmian kelihatan cukup gah dan meriah serta penuh suasana tempatan.

 

Kemesraan rakyat merupakan asas bagi hubungan antara negara. Manakala kemesraan rakyat dirapatkan dalam pelbagai interaksi seperti kebudayaan dan sukan.

 

Setelah menonton persembahan Chi Pu, ada netizen komen bahawa ‘berjaya mencetuskan minatku terhadap Vietnam’.

 

Meskipun nama penyanyi Jepun MARiA belum tersohor di China sebelum ini, tapi sebenarnya lagunya ‘Gokuraku Jodo’ sangat popular di China sejak 2017. Jumlah penyiarannya dalam satu platform video di China saja mencatat lebih 10 juta kali.

 

Peribahasa Malaysia menyebut ‘tak kenal maka tak cinta’.

 

Satria masih ingat dulu Shila Amzah dari Malaysia pula pernah menyertai persembahan silap mata di China dan sekali gus dihadiahkan ‘Anugerah Persahabatan China-Malaysia’ sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

 

Dulu ketika berkomunikasi dengan pakar-pakar luar negara, mereka  berpandangan bahawa kerjasama dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan patut meneroka bidang baharu.

 

Maksudnya tidak hanya fokus kepada projek infrastruktur. Tapi bagi Satria, program ‘RIDE THE WIND 2023’ atau majlis perasmian sukan SEA pula boleh disifatkan kerjasama dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan.

 

Inisiatif Jalur dan Laluan ada lima indeks, selain kesalinghubungan kemudahan, juga terlibat koordinasi dasar, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan, dan yang sama penting juga termasuk persefahaman rakyat.

 

Stadium utama sukan SEA dibina dengan bantuan kerajaan China, manakala kedua-dua pihak bekerjasama untuk menjayakan projek stadium yang penuh seni bina Kemboja dan persembahan majlis perasmian pula merupakan peluang baik bagi rakyat China untuk memahami budaya di Asia Tenggara.

 

Di samping memperkenalkan budaya tradisional dan moden China kepada luar, rakyat China juga sangat berminat untuk memahami budaya unik dari luar negara, khususnya negara jiran kami.