Syria Diterima Semula Liga Arab

2023-05-08 13:09:41  CRI
Share with:

Sidang Menteri Luar Liga Arab meluluskan resolusi untuk memulihkan semula status Syria sebagai anggota pertubuhan itu bermula 7 Mei.

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menyatakan, pemulihan keanggotaan Syria tidak bermakna setiap negara anggota mesti memulihkan ikatan diplomatik dengan Syria, dan ia terserlah kepada keinginan masing-masing.

"Penyelesaian isu Syria masih memerlukan usaha untuk jangka panjang, dan ia merupakan kepentingan bersama negara-negara Arab," ujar beliau.

Menurut jadual, Sidang Kemuncak Liga Arab akan dirasmikan di Riyadh, Arab Saudi pada 19 Mei. Penyelesaian damai isu Syria dijangka akan menjadi tumpuan.

Ahmed Aboul Gheit pada 7 Mei menyatakan bahawa Presiden Syria, Bashar al-Assad boleh menghadiri sidang kemuncak itu.