Diplomasi Yoon Seok-Youl Cacatkan Diri
Ulasan yang diterbitkan surat khabar Hankyoreh, Korea Selatan menyifatkan diplomasi Presiden Yoon Seok-Youl sebagai menjual sejarah negara kepada Jepun dan menjual kedamaian negara kepada Amerika Syarikat.
Ketika bertemu dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam rangka lawatannya ke negara itu baru-baru ini, Yoon Seok-Youl sekali lagi menyatakan bahawa pandangan berhubung pelanjutan isu sejarah perlu dibuang kerana ia tidak mampu menggalakkan kerjasama pada masa depan.
Kenyataan tersebut tentunya mendapat kecaman keras masyarakat tempatan kerana ia melanggar ‘persetujuan bersama’ dikalangan rakyat Korea Selatan.
Ini pula adalah antara komen-komen yang dilontarkan oleh netizen:
“Isu pokoknya bukanlah penyelesaian masalah sejarah, sebaliknya provokasi Jepun yang tidak henti-henti terhadap isu sejarah”;
“Yoon Seok-Youl adalah pengkhianat”;
“(Yooon Seok-Youl) menjadi anjing Amerika Syarikat merupakan penghinaan terbesar bagi negara”; dan
“Bangsa yang melupakan sejarah tiada masa depan yang cemerlang”.
Sebenarnya kecaman macam ini tidak berhenti sejak ia mengumumkan memaafkan isu hamba seks Jepun dan menyatakan Jepun tidak perlu berlutut untuk sejarah pencerobohan pada 100 tahun yang lalu pada bulan Mac.
Yang lebih menarik, usaha Yoon Seok-Youl tidak menggembirakan rakyat Jepun. Dalam satu pungutan suara tempatan, 68.6% penduduk berpendapat hubungan Jepun-Korea Selatan tidak akan berubah, malah 17.6% berpendapat hubungan bilateral akan terus memburuk.
Parti pembangkang terbesar di negara itu menyifatkan dasar luar Yoon Seok-Youl adalah “diplomasi mencacatkan diri”.
Dalam satu dua bulan ini, Yoon Seok-Youl turut memburukkan hubungan dengan Rusia dengan menyatakan akan menyediakan peluru meriam kepada Ukraine, selain memburukkan hubungan dengan China dengan menyatakan “isu Taiwan” bukan hal ehwal dalaman China saja, tapi isu antarabangsa seperti hubungan Selatan-Utara di Semenanjung Korea.
Ia turut memburukkan hubungan dengan Korea Utara dengan memeterai perjanjian dengan Washington yang mengizinkan Amerika Syarikat menempatkan kapal selam nuklear ke kawasan perairan sekitar semenanjung.
Kononnya, diplomasi Yoon Seok-Youl sekarang adalah membuat apa jua yang boleh menggembirankan Amerika Syarikat.
Ini sudah jelas dinyatakannya bahawa “hubungan persekutuan selama 70 tahun dengan kuasa terbesar di dunia bukanlah hal yang mudah, Korea Selatan perlu balas budi Amerika Syarikat” sebagai ringkasan lawatan rasminya ke Amerika Syarikat hujung bulan lalu.
Jadi apakah hubungan persekutuan itu?
Amerika menempatkan tentera di negara itu sejak 70 tahun yang lalu. Hak perintah tertinggi tentara Korea Selatan dipegang oleh Komando Bersama Amerika Syarikat-Korea Selatan yang dijawat oleh Panglima tentera Amerika Syarikat di negara itu.
Memburukkan hubungan dengan China dan Rusia sebagai kedua-dua jiran terbesar, menegangkan hubungan dengan Korea Utara sebagai satu bangsa, hanya untuk agenda Perang Dingin Baharu Amerika Syarikat.
Kini Korea Selatan telah menjadi askar yang berani berada di paling depan baris hadapan Perang Dingin Baharu. Cuma Yoon Seok-Youl mungkin belum sedar bahawa tatkala pelbagai negara Barat seperti Britain turut berpendirian yang Perang Dingin dengan China tidak bersesuaian dengan kepentingan negara, pendirian Korea Selatan yang menyebelah sepihak seolah-olah mencurahkan minyak ke dalam api dan risiko Perang Dingin menjadi perang benar sedang menambah.
Secara peribadi, Satria lihat diplomasi Yoon Seok-Youl bukan hanya bersifat “mencacatkan diri” saja, tapi mungkin “membunuh diri”.