Nasib Negara Arab di Tangan Rakyat Sendiri

2023-05-09 15:14:29  CRI
Share with:

Mesyuarat khas Menteri-menteri Luar Liga Arab yang diadakan pada 7 Mei memutuskan untuk "memulihkan kelayakan delegasi kerajaan Syria dalam Majlis Liga Arab serta semua organisasi dan badan di bawahnya dengan serta merta". Syria diterima semula oleh Liga Arab selepas keanggotaannya digantung semala 12 tahun.

Inilah satu lagi peritiwa penting dalam proses perdamaian di rantau Asia Barat selepas Arab Saudi dan Iran memulihkan semula ikatan diplomatik di bawah pengantaraan Beijing.

Jika ditinjau dari perkembangan situasi di Asia Barat, pemulihan ikatan diplomatik antara Arab Saudi dengan Iran secara langsung mendorong keanggotaan semula Syria dalam Liga Arab.

Oleh sebab Arab Saudi dan Iran masing-masing menyokong kekuatan politik yang berlainan dalam krisis Syria, persefahaman antara kedua-dua negara tersebut nescaya membawa peluang kepada peredaan hubungan antara Syria dengan negara-negara Liga Arab.

Yang lebih penting adalah dunia telah memasuki fasa pergolakan dan perubahan baharu pada masa ini, dan negara-negara Arab masing-masing 'sedar' dan memandang jelas situasi dunia. Dalam jangka masa yang panjang, Amerika Syarikat (AS) mencampuri urusan Asia Barat dengan sesuka hati, menghasut konfrontasi dan perpecahan, sehingga mengakibatkan konflik kekerasan dan peperangan di rantau berkenaan. Rakyat di Asia Barat semakin menyedari bahawa nasib mereka mesti dipegang di tangan sendiri.

Masyarakat antarabangsa rata-rata mengalu-alukan keanggotaan semula Syria dalam Liga Arab. Menurut penganalisis, langkah tersebut akan membantu untuk meningkatkan kerjasama antara Syria dengan negara-negara serantau, menambahbaik ekonomi dan menjamin pembangunan semula pasca perang.

Pada masa sama, ia juga akan melantangkan suara Liga Arab di persada antarabangsa, mewujudkan sinergi politik antara negara-negara Arab agar memainkan peranan yang lebih penting di peringkat global.

Selain itu, keanggotaan semula Syria dalam Liga Arab juga bermanfaat bagi mengumpulkan konsensus untuk menyelesaikan krisis Syria secara politik dan meredakan situasi di Asia Barat dengan selanjutnya.

Washington baru-baru ini mengambil langkah berterusan terhadap negara-negara Asia Barat yang enggan bertindak mengikuti kehendaknya. Namun langkah-langkah tersebut tidak dapat menghalang persefahaman di rantau itu.

Dari pemulihan hubungan diplomatik antara Arab Saudi dan Iran, ke keanggotaan semula Syria dalam Liga Arab, negara-negara Asia Barat memberikan isyarat yang jelas, iaitu mereka mahu kedamaian, pembangunan dan jalan sendiri.

Menurut ulasan laman web Modern Diplomacy, "apabila pengaruh AS berkurang di Asia Barat, dah sampailah masanya buat penyelesaian masalah dan tibalah musim bunga di rantau itu".