Qin Gang Bertemu Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock

2023-05-10 13:40:38  CRI
Share with:

China dan Jerman merupakan negara berpengaruh di dunia. Kedua-dua negara harus meningkatkan dialog dan kerjasama ketika situasi antarabangsa berdepan perubahan campur pergolakan pada masa ini.

Demikian dinyatakan oleh ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Qin Gang ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Jerman, Annalena Baerbock di Berlin, Jerman pada Selasa.

“Kedua-dua negara harus membuat persiapan rapi bagi rundingan antara kerajaan China-Jerman pusingan ketujuh, dan membuat rancangan kerjasama pragmatik kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

“China dan Jerman harus menempuh jalan yang betul, bersama-sama menentang ‘Perang Dingin' baharu atau 'cantas hubungan dan putus raitaian', menyuntik keyakinan dan tenaga baharu kepada kedamaian dan kemakmuran dunia,” kata Qin Gang.

Annalena Baerbock berkata, Jerman amat mementingkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kerjamasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

“Jerman menanti-nantikan rundingan antara kerajaan China-Jerman pusingan ketujuh. Ia merupakan rundingan fizikal pertama pasca wabak, yang juga rundingan pertama kerajaan penggal baharu kedua-dua negara. 

"Oleh itu, Jerman bersedia berusaha bersama-sama China untuk menggalakan rundingan itu membuah hasil baik,” kata Annalena Baerbock.