Olaf Scholz Bertemu dengan Qin Gang

2023-05-11 14:13:37  CRI
Share with:

Canselor Jerman, Olaf Scholz bertemu dengan Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Qin Gang di Berlin pada 10 Mei.

Scholz menyatakan bahawa beliau amat menantikan perbincangan antara kerajaan Jerman dan China pusingan ketujuh yang bakal di Jerman.

Beliau menyatakan bahawa pihaknya mementingkan peranan dan pengaruh China, bersedia meningkatkan komunikasi dengan China dalam isu-isu utama seperti krisis Ukraine.

Qin Gang menyatakan bahawa terdapat persamaan antara "perubahan besar yang tidak pernah berlaku dalam seabad lalu" anjuran Presiden Xi Jinping dengan "Zeitenwende" (titik perubahan sejarah anjuran Canselor Scholz.

China bersedia bekerjasama dengan Jerman untuk mendorong perbincangan itu mencapai hasil yang memuaskan.

Menyentuh isu Ukraine, Qin Gang menegaskan bahawa China berpendirian teguh untuk menggalakkan rundingan damai. Perang yang berlaruan hanya akan menyebabkan lebih banyak penderitaan. China menyeru pihak-pihak terlibat agar menghentikan peperangan secepat mungkin, mencapai penyelesaian politik melalui dialog, dan mencari jalan ke arah ketenteraman untuk jangka panjang di Eropah.