Menteri Luar China Tegaskan Pemeliharaan Orde Antarabangsa Pasca Perang, Penyatuan Semula China

2023-05-11 14:16:05  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Qin Gang melawat tapak Persidangan Potsdam di Berlin, Jerman dan menyampaikan ucapan, pada 10 Mei.

Qin Gang menyatakan bahawa Persidangan Potsdam yang diadakan pada 1945 memainkan peranan penting dalam pembinaan orde antarabangsa pasca Perang Dunia II, dan ia mempunyai makna sejarah yang signifikan bagi rakyat China.

"Deklarasi Potsdam yang dikeluarkan persidangan itu mengulangi peruntukan Deklarasi Kaherah, iaitu semua wilayah yang dicuri oleh Jepun, termasuk Taiwan, perlu dikembalikan kepada China," ujar beliau.

Qin menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) menyebut pemeliharaan orde antarabangsa berasaskan peraturan, namun tidak mempedulikan semangat Deklarasi Potsdam yang disusunnya sendiri pada ketika itu, menyokong dan membiarkan kegiatan pemisah kumpulan "kemerdekaan Taiwan".

"Ini telah menjejaskan orde antarabangsa pasca perang, serta merosakkan kedaulatan dan keutuhan wilayah China," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kita harus mengambil pengajaran daripada sejarah, iaitu orde antarabangsa pasca perang mesti dipelihara, kesaksamaan dan keadilan antarabangsa mesti ditegakkan.

"Kegiatan 'kemerdekaan Taiwan', mencabar keadilan dan orde antarabangsa, dan menentang aliran sejarah sudah pasti akan menemui jalan buntu. Penyatuan semula China pasti akan direalisasikan!" kata Qin Gang.