Persiapan CAEXPO Berjalan Teratur dan Lancar

2023-05-11 14:07:04  CRI
Share with:

Persiapan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) edisi ke-20 kini berjalan teratur dan lancar.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Sekretariat CAEXPO, Wei Zhaohui baru-baru ini.

“Setakat ini, enam negara termasuk Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam telah mengesahkan penyewaan pavilion khas, di samping itu, Singapura dan Thailand telah mengesahkan skop pameran.

"Pada masa sama, Brunei, Laos, Filipina, Singapura dan Vietnam telah menetapkan 'bandar menarik' atau pelan terbabit," kata Wei.

Beliau berkata, syarikat China giat memohon gerai pameran. Setakat ini, sebanyak lebih 60 peratus tempat pameran telah habis ditempah.

Sidang pegawai kanan CAEXPO ke-20 diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada 9 Mei, sekali gus menandakan persiapan bagi CAEXPO edisi ke-20 memasuki fasa persiapan komprehensif.