Tas Buku Dilarang untuk Elak Kes Tembakan di Sekolah Rendah AS

2023-05-12 15:20:33  CRI
Share with:

Semalam Satria secara sukarelanya membantu kawalan keselamatan di sekolah rendah si kecil.

 

Keselamatan sekolah dititikberatkan di setiap negara, tapi situasi keselamatan dan respons di setiap negara juga amat berbeza.

 

Ketika berdiri di luar pintu gerbang sekolah dengan memakai jaket sukarelawan, Satria melihat terdapat dua orang guru, empat orang staf syarikat pengawal keselamatan dan seorang polis juga ditempatkan di sana.

 

Ini memperlihatkan tanggungjawab bersama dari segenap pihak iaitu keluarga, sekolah, masyarakat dan kerajaan untuk menjamin keselamatan kanak-kanak.

 

Tentulah kejadian luar jangkaan jarang berlaku di sini. Tugas Satria tertumpu kepada kenderaan yang melalui jalan di depan sekolah, menjaga murid menyeberangi jalan dengan selamat.

 

Satria teringat tentang satu video bahawa guru sekolah rendah Amerika Syarikat memasang satu “bilik keselamatan” yang boleh tahan tembakan dalam beberapa saat saja.

 

Wow, amat maju reka bentuknya. Ini respons pertama Satria.

 

Tapi sekejap, mengapa sekolah rendah perlu dilengkapi “bilik keselamatan” bagi tahan tembakan di negaranya?

 

Setelah mencari maklumat berkenaan, Satria mendapati sekolah rendah di Amerika Syarikat tidak terkecuali dari insiden tembakan.

 

27 Mac tahun ini, insiden tembakan rambang berlaku dalam sebuah sekolah rendah di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat, mengakibatkan 7 orang terbunuh, termasuk 3 orang murid.

 

Ketika membuat liputan di sekolah tersebut, wartawan WSMV 4 media tempatan, Joylyn Bukovac menyatakan bahawa dia sendiri sebenarnya seorang mangsa insiden tembakan ketika berada dalam sekolah menengah pada tahun 2010. Penjenayah menembak secara rambang di sekitarnya dan menyebabkan seorang kawannya terbunuh, ini membawa impak teruk sepanjang beberapa tahun kepada kehidupannya.

 

Ketika Joylyn Bukovac mewawancara seorang ibu tempatan, dia bertanya, “mengapa kamu belum bosan untuk membuat liputan mengenai tembakan? Mengapa kanak-kanak kami terus terkorban? Mengapa tiada apa pun dibuat untuk mencegah kemalangan daripada berulang?”

 

Ada seorang netizen memberi komen di bawah laporan bahawa “Generasi kami membesar dengan terdedah kepada bahaya tembakan. Kanak-kanak berulang kali menghadapi insiden tembakan, tapi tokoh politik kami menolak melindungi mereka.”

 

Cara kerajaan Amerika Syarikat untuk menjamin keselamatan kanak-kanak adalah menjual lebih banyak senjata api kepada ibu bapa, bahkan kanak-kanak mereka.

 

Syarikat senjata Amerika telah memasarkan senapang JR-15, edisi kanak-kanak bagi senapang AR-15 yang banyak kali digunakan dalam kes tembakan. “Wee 1 Tactics”, syarikat senjata dari Illinois menyatakan JR-15 ini sangat sesuai bagi kanak-kanak, mereka akan berasa lebih yakin diri ketika memegang senapang ini.

 

Berdasarkan laporan AP, sepucuk pistol yang penuh peluru didapati dalam tas buku seorang murid di Bandar Grand Rapids, Negeri Michigan pada dua hari yang lalu. Sekolah tersebut memutuskan menghalang semua tas buku dibawa ke dalam sekolah. Sebenarnya ini sudah kali keempat didapati pistol dalam tas buku di kawasan tersebut. Malah larangan membawa tas buku telah dilaksanakan di bandar Flint, negeri itu sejak 1 Mei ini.

 

Boleh melarang tas buku, tapi tak boleh melarang senjata api. Itulah Amerika.

 

Oh, tambah sedikit maklumat yang menarik. Dalam laporan Joylyn Bukovac, beliau pernah memetik data dari laman web Gun Violence Archive setakat 12 April yang menyatakan bahawa terdapat 11,783 orang terbunuh dalam insiden tembakan di Amerika Syarikat pada tahun ini, antaranya termasuk 73 orang kanak-kanak.

 

Tapi ketika Satria cuba mencari data terkini dalam laman web tersebut, kelihatan note bahawa IP Satria (iaitu dari China) tidak diizinkan melayari laman web tersebut, kalau tidak setuju atas keputusan tersebut, boleh mendakwa kepada laman web kerajaan Amerika.

 

Boleh menerima kritikan dari media dan rakyat tempatan, tapi tidak mengambil langkah untuk menangani masalah terbabit, selain berusaha menutup maklumat kepada negara asing, itulah “demokrasi” di negara itu.