Masalah Buruh Kanak-kanak di AS Masih Buruk

2023-05-12 14:29:49  CRI
Share with:

Akhbar The New York Times dalam laporan mengenai masalah buruh kanak-kanak mutakhir ini, disertakan sekeping gambar, iaitu di sebuah restoran makanan segera, seorang remaja imigran berumur 15 tahun kelihatan tunduk kepala melihat handfonnya dengan kedua-dua tangannya amat kotor. Remaja itu dilaporkan bekerja di sebuah syarikat pembuatan tempatan untuk giliran malam.

Menurut stastistik Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS), sebanyak berjuta-juta remaja diupah dalam sektor pertanian, makanan, peruncitan, hiburan dan pembinaan di AS pada tahun 2022, dan kebanyakan mereka adalah kanak-kanak imigran.

Menurut laporan Reuters, jumlah buruh kanak-kanak haram melonjak kira-kira 70 peratus di AS sejak tahun 2018.

AS yang selalu melabelkan diri sebagai "menara lampu hak asasi manusia", mengapa sentiasa mengabaikan golongan buruh kanak-kanak yang terpaksa bekerja? Salah satu sebab utama adalah wujudnya kekurangan dalam sistem undang-undang di negara itu.

Terdapat beberapa akta mengenai buruh kanak-kanak di AS, iaitu Keating-Owen Act, Fair Labor Standards Act dan lain-lain dan semuanya dikeluarkan pada awal abad ke-20 ekoran tekanan kemajuan masyarakat.

Undang-undang tersebut tidak melarang pengambilan buruh kanak-kanak, hanya memberi had tertentu. Ini menjadikan pengambilan buruh kanak-kanak di industri tertentu sebagai langkah yang sah.

Laporan kerajaan AS menunjukkan bahawa sebanyak 100 ribu kanak-kanak cedera dalam kegiatan pertanian di ladang setiap tahun.

Kanak-kanak adalah harapan suatu bangsa, juga golongan lemah yang harus dilindungi. Namun, di AS di mana modal diutamakan, golongan kanak-kanak digunakan sebagai tenaga kerja murah.

Setakat ini, AS adalah satu-satunya negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang masih belum meluluskan Konvensyen Hak dan Kepentingan Kanak-kanak.

Apabila ahli politik AS menggunakan produk oleh buruh kanak-kanak paksa, sambil menunding jari terhdap keadaan hak asasi manusia di negara lain. Ini sekali lagi memaparkan dwistandard dan kemunafikan hak asasi AS.