Syarikat China Sokong Proton Menjadi Pendahulu NEV ASEAN

2023-05-12 15:27:51  CRI
Share with:

Dengan sokongan rakan kerjasama Geely China, Proton berjaya merasmikan kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama di Malaysia menerusi Proton X90.

 

NEV mewakili trend perkembangan bidang ini pada masa depan. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan dalam majlis perasmian bahawa modenisasi Malaysia adalah selari dengan perkembangan Proton.

 

Di China, berita tersebut turut dilaporkan dan ia menyebut bahawa kerjasama Geely dan Proton dalam enam tahun yang lalu adalah berpandukan prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan, selain berpegang kepada strategik dan budaya.

 

Laporan itu juga menyebut bahawa produk kedua-dua pihak sangat bersepadan, tidak menjejaskan kemandirian dan pewarisan sejarah Proton, serta menyokong perkembangan lompat katak (leap frogging) dan pembangkitan semula jenama Proton.

 

Berbanding 2018, jualan proton meningkat 118% dan mencatat 141,432 unit pada tahun 2022, dengan keuntungan syarikat memulih dan meningkat satu kali ganda pada hujung tahun lalu.

 

Kereta elektrik Smart yang kini jenama di bawah Geely pula akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini dan sasaran yang lebih besar kedua-dua pihak adalah penaiktarafan industri kenderaan Malaysia dan menjadikan Proton pendahulu NEV di rantau ASEAN.


Kita berani menetapkan sasaran yang begitu mega kerana China kini mempunyai teknologi yang kuat dan pasaran yang paling besar di dunia.

 

Sebanyak 6.88 juta unit NEV dijual di pasaran China pada 2022, dan jumlah tersebut menduduki 60% daripada jualan global.

 

Ya, unsur pandemik tentunya membawa impak kepada banyak sektor dalam tempoh tiga tahun ini.

 

Namun, sektor NEV di China mengalami perkembangan yang pesat dalam tempoh tersebut, dilengkapi dengan bateri, enjin elektrik serta sistem yang banyak menggunakan teknologi AI dan data raya.

 

Ketika Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai diteruskan semula pada bulan lalu, Volkswagen menghantar dua pesawat khas membawa puluhan pegawai kanan syarikat tersebut serta jenama di bawahnya seperti Audi dan Porsche untuk memahami perkembangan terkini teknologi dan reka bentuk syarikat China. Staf dari Toyota, Nissan dan pelbagai jenama Jepun turut kelihatan mencatat data-data kereta elektrik China dengan teliti.

 

Penganalisis sektor kenderaan dari Jerman dan Jepun berpendapat, kini teknologi dan reka bentuk kereta elektrik di China telah mendahului dunia. Justeru, persaingan di sana telah memasuki tahap kedua, iaitu perang harga.

 

China mampu menyediakan kereta elektrik yang maju dengan harga yang rendah. Ini menjadikan pelbagai jenama asing, termasuk jenama yang paling tersohor dalam 100 tahun ini perlu berusaha sedaya upaya untuk mengejar langkah syarikat China.

 

Jenama China kini mampu memberi cabaran terhadap jenama antarabangsa yang tersohor dalam pasaran domestik dan juga antarabangsa.

 

Kini, di media sosial seperti TikTok, terdapat banyak video dimuat naik oleh pengguna kereta elektrik China yang amat bangga berkongsikan pelbagai fungsi yang kelihatan luar biasa, seperti mengawal penutupan jendela dengan audio.

 

Pada suku pertama 2023, jumlah pengeksportan kereta China mencatat 1.07 juta unit, mendahului Jepun yang mencatat 1.05 juta dan menduduki No.1 di dunia. Antaranya kebanyakannya adalah kereta elektrik.

 

Untuk suku pertama tahun ini juga menyaksikan termeterainya kontrak baharu untuk 24 buah kapal kagro pengangkutan kereta di dunia, dan kesemuanya adalah dari China.

 

Kalau di pasaran China, jualah kereta BYD pada tahun 2022 mencatat 1.58 juta unit, jauh lebih banyak berbanding Tesla yang menduduki No.2 dengan jualannya mencecah 441 ribu unit.