Kegagalan Pembayaran Hutang AS akan Jejaskan Ekonomi Global

2023-05-12 14:36:34  CRI
Share with:

Sidang menteri kewangan dan gabenor bank pusat Kumpulan 7 (G7) diadakan di Niigata Jepun pada Khamis.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet L. Yellen sebelum sidang itu memberi amaran bahawa ekonomi AS dan dunia akan rosak teruk sekiranya kegagalan pembayaran hutang berlaku lagi di AS.

Untuk rekod, kerajaan persekutuan AS telah mencapai siling hutang semasa pada 19 Januari lalu iaitu USD31.4 trilion.

Yellen baru-baru ini memberi amaran bahawa sekiranya Kongres tidak menaikkan siling hutang itu dengan serta merta, maka kemungkinan besar berlaku kegagalan pembayaran hutang di AS seawal-awalnya pada 1 Jun.

Walau bagaimanapun, kedua-dua parti mempunyai percanggahan pendapat yang besar dalam masalah tersebut. White House dan Parti Demokratik berharap siling hutang dapat dinaikkan secepat mungkin, manakala Parti Republikan berharap perbelanjaan akan dikurangkan sebelum siling pinjaman dinaikkan.