China, Norway Ada Ruang Kerjasama Besar

2023-05-12 14:43:53  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Qin Gang mengadakan pertemuan dengan wakil kalangan perniagaan Norway di Oslo pada 11 Mei.

Qin Gang berkata bahawa syarikat Norway memasuki China seawal tahun 1888, bekerjasama dengan China untuk jangka masa panjang, dan terlibat secara mendalam dalam proses pembaharuan dan pembukaan China. Syarikat Norway telah memberi sumbangan penting kepada kerjasama yang saling menguntungkan dan persahabatan antara kedua-dua negara.

Beliau menyatakan bahawa China akan mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, memberi tumpuan kepada pembangunan berkualiti tinggi, berusaha mewujudkan situasi sama menang, dan menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih baik kepada syarikat asing.

"Modenisasi Ala China juga keharmonian antara manusia dan alam semula jadi. Ia akan memberi ruangan yang luas untuk kerjasama China-Norway, khususnya sektor hijau dan rendah karbon," kata beliau.

Wakil kalangan perniagaan Norway rata-rata menyatakan bahawa China merupakan pasaran dan rakan dagang yang penting bagi syarikat Norway. Mereka bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan China.

Pada masa sama, para wakil mencadangkan supaya menggalakkan dialog dan komunikasi antara kerajaan dan kalangan perniagaan kedua-dua negara untuk meningkatkan persefahaman dan meluaskan bidang kerjasama.