Wakil China Bakal Lawat Eropah, Dorong Penyelesaian Krisis Ukraine

2023-05-13 15:06:37  CRI
Share with:

Wakil khas kerajaan China bagi hal ehwal Eurasia, Li Hui akan mengadakan lawatan ke lima negara Eropah, iaitu Ukraine, Poland, Perancis, Jerman dan Rusia bermula 15 Mei, untuk mencari penyelesaian krisis Ukraine melalui saluran politik.

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dalam sidang media pada Jumaat menyatakan, lawatan wakil khas kerajaan China ke lima negara Eropah tersebut amat penting.

"PBB mengalu-alukan segala usaha untuk mendorong penyelesaian konflik antara Rusia dengan Ukraine." kata beliau.