AS dan Sekutunya Membuat Cubaan yang Salah dalam Isu Taiwan

2023-05-14 15:05:14  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada beberapa hari lalu menyatakan, "sangat menggalakkan" Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengundang Taiwan sebagai pemerhati untuk menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) tahun ini.

Banyak media percaya bahawa di bawah hasutan AS tersebut, sidang kemuncak Kumpulan 7 (G7) yang bakal diadakan dalam masa terdekat akan membesar-besarkan "ancaman China", dan isu Taiwan dijangka akan diberikan tumpuan.

Ancaman terbesar bagi keamanan di rantau Selat Taiwan adalah kegiatan "kemerdekaan Taiwan" dan sokongan kuasa dari luar rantau. Apa yang disebut "mengubah status quo" dan "memburukkan lagi ketegangan di Selat Taiwan" betul-betul perbuatan mereka sendiri.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika melawat China pada April lalu mengulangi pendiriannya iaitu Perancis menghormati dan mematuhi prinsip satu China. Di samping itu, beliau menegaskan bahawa Eropah mesti memastikan permintaan kepentingan diri dalam isu Taiwan, dan membuat keputusan sewajarnya. Kenyataan Macron tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dari pihak AS.

Dalam isu Taiwan, AS mendakwa akan mematuhi prinsip satu China dan tidak menyokong "kemerdekaan Taiwan", namun di samping itu, ia mempergiat usaha untuk "menggunakan isu Taiwan untuk mengekang China".

Dalam pada itu, Jepun sebagai negara tuan rumah sidang kemuncak G7 tahun ini, sedang giat menghasut kuasa dari luar rantau ini untuk campur tangan dalam isu Taiwan, malah dengan sengaja mengaitkan isu Taiwan dengan situasi di Ukraine untuk membesar-besarkan "ancaman China" demi mencari alasan bagi mempercepatkan peluasan kuasa ketenteraan dan mewujudkan matlamat menjadi "negara normal".

Kebanyakan negara di rantau Asia Pasifik faham bahawa sekiranya ketegangan di Selat Taiwan terus meningkat, ia akan membahayakan keselamatan dan kepentingan pembangunan serantau secara serius. Tindakan negatif Jepun dalam isu Taiwan patut diberi perhatian oleh negara-negara Asia Pasifik.