"Orde Antarabangsa Berasaskan Peraturan", Alat Campur Tangan G7

2023-05-14 14:57:42  CRI
Share with:

Beberapa media Jepun baru-baru ini melaporkan bahawa Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) di Jepun akan menuntut China untuk "mematuhi" peraturan antarabangsa. Ini amat mengelirukan masyarakat antarabangsa. Apakah peraturan antarabangsa yang disebut mereka?

Sebagai pengamal paling buruk dalam mematuhi peraturan antarabangsa, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Barat sudah pasti tidak layak untuk mengkritik China.

Hanya terdapat satu set peraturan antarabangsa di dunia, iaitu norma asas hubungan antarabangsa berdasarkan misi dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Walau bagaimanapun, Piagam tersebut jarang disebut oleh sejumlah kecil negara Barat seperti AS. Apa yang seiring disebut mereka adalah "orde antarabangsa berasaskan peraturan". Kenyataan samar-samar ini tidak termaktub dalam Piagam PBB, tidak diterima pakai dalam perisytiharan oleh pemimpin pelbagai negara di PBB, malah tidak digunakan dalam resolusi Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan PBB.

Negara-negara Barat tersebut hanya mahu "mendandani" konsep tersebut mengikut kehendak diri. "Orde antarabangsa berasaskan peraturan" nampaknya amat berwibawa, namun ia sebenarnya alat G7 untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, mencetuskan pergolakan di dunia, malah menimbulkan konfrontasi blok, untuk kepentingan diri.

Prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain adalah prinsip penting Piagam PBB dan norma asas hubungan antarabangsa. Namun, negara-negara sekutu AS juga tidak terlepas daripada tindakan campur tangan kuasa terbesar di dunia itu. Washington menjalankan pengintipan terhadap negara-negara sekutunya seperti Jerman, Perancis, Sweden, Korea Selatan, Israel, dan Ukraine, dan ia betul-betul pengintip dan penggodam nombor satu di dunia.