PRU Thailand: Parti Move Forward Dahului Kiraan Undi
2023-05-15 14:41:32 CRI
Setakat pukul 2 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand telah mengira 97 peratus undian untuk pilihan raya Dewan Rakyat.
Keputusan kiraan menunjukkan Parti Move Forward mendahului pesaing lain dengan memperoleh 9.19 juta undi, diikuti Parti Pheu Thai dan Parti Bhumjai Thai yang masing-masing meraih 8.92 juta dan 4.91 juta undi.
Difahamkan, SPR akan mengumumkan keputusan awal pada fasa akhir pengiraan kertas undi.