Kaunselor Filipina Teruja Turun Padang Tinjau Pertanian China
Kaunselor Pertanian Kedutaan Besar Filipina di China, Anna Abicella, mengadakan tinjauan ke bandar Xiangyang, provinsi Hubei dari 8 hingga 11 Mei lalu, serta turun padang untuk mengadakan penyelidikan selanjutnya di bandar-bandar termasuk Zaoyang, Yicheng, Xiangzhou berhubung pembangunan pemodenan pertanian.
Dalam sesi libat urus mengenai pemodenan pertanian yang menyaksikan penglibatan petugas-petugas jabatan pertanian dan perusahaan pertanian utama di Xiangyang, Anna berkata bahawa beliau akan berusaha ke arah mengeratkan hubungan antara jabatan dan perusahaan berkaitan antara Filipina dengan pihak Xiangyang, yang dilihatnya berfaedah bagi mempercepatkan pembangunan pemodenan pertanian Filipina berdasarkan pengalaman yang ditimba dari China.
Beliau juga menzahirkan harapan agar berpeluang melawat ke Xiangyang sekali lagi untuk memperhalusi penyelidikannya tentang penubuhan pusat perdagangan produk pertanian, latihan modal insan dalam bidang e-niaga di luar bandar, serta pembangunan seimbang antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar yang bertemakan "pembangunan desa bertunjangkan sektor korporat", bagi menimba lebih banyak pengalaman Xiangyang yang berjaya dalam memacu pemodenan pertanian.