Taufan Mocha Badai Barat Myanmar

2023-05-15 13:58:54  CRI
Share with:

Taufan Mocha yang membawa angin kencang berkelajuan sehingga 220 kilometer sejam, membadai kawasan barat Myanmar pada Ahad.

Menurut media tempatan, ada kematian dan kecederaan dilaporkan di negeri Rakhine akibat siklon kuat itu.

Buat masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan menerusi kerjasama anggota tentera, polis, jabatan bomba dan pelbagai pertubuhan sosial.

Taufan Mocha kini bergerak ke arah timur laut Myanmar, dan kelajuan angin dijangka beransur-ansur menurun.

Jabatan meteorologi Myanmar turut mengingatkan supaya pihak terbabit berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat, runtuhan lumpur dan tanah runtuh di kawasan pergunungan.