PRU Turkiye: Proses Kiraan Hampir Selesai, Tiada Calon Raih Lebih Separuh Undi

2023-05-15 14:24:47  CRI
Share with:

Pilihan raya presiden dan parlimen Turkiye diadakan pada Ahad.

Setakat pukul 2.10 awal pagi tadi, sebanyak 96.4 peratus kertas undi selesai dikira menyaksikan tiada calon yang memperoleh lebih separuh undi.

Keputusan awal diumumkan Agensi Anadolu menunjukkan penyandang Presiden, Recep Tayyip Erdogan meraih 49.4 peratus undi, manakala Kemal Kilicdaroglu yang mengetuai pakatan enam parti pembangkang, mendapatkan 44.9 peratus undi buat sementara.

Sekarang, proses pengiraan kertas undi masih terus dijalankan.

Menurut undang-undang tempatan, jika tiada calon memperoleh lebih daripada separuh undi, dua calon terdepan akan bertanding dalam pengundian pusingan kedua.