Pertumbuhan Ekonomi China Positif Buat Dunia: NIESR

2023-05-15 13:38:14  CRI
Share with:

Institut Penyelidikan Ekonomi dan Sosial Negara (NIESR) Britain menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global kepada paras 2.5 peratus menyusuli prestasi ekonomi China mempamerkan kedinamikan awal tahun ini.

Laporan Tinjauan Ekonomi Musim Bunga 2023 yang disiarkan NIESR berbunyi, pertumbuhan ekonomi China akan memberi kesan positif kepada dunia.

Timbalan Pengarah Pemodelan dan Ramalan Makroekonomi di NIESR, Stephen Millard berkata aktiviti pengeluaran yang dipulihkan di China serta perbelanjaan isi rumah yang melantun semula antara penyumbang kepada pemulihan sektor pelancongan negara itu.

“Kesemua faktor ini memberi manfaat kepada ekonomi dunia. Kami berharap prestasi berkenaan dapat berterusan kerana ia adalah positif buat China sendiri malah seluruh dunia,” kata Millard.