Teruja Bertugas di Seberang Laut, Tambah Pengalaman Kerjaya

2023-05-15 15:41:50  CRI
Share with:

Sebaik saja tamat dari universiti pada 2015, Lin Qi, pekerja baru Korporasi Saluran Paip Kebangsaan China (CNPC), mula bertugas di Uzbekistan pada 2016. Berdasarkan pengalamannya dalam tempoh perkhidmatan di seberang laut selama 7 tahun, Lin memikul tanggungjawab untuk mengendalikan pengeluaran dan pengoperasian saluran paip gas asli Asia Tengah seksyen Uzbekistan pada masa ini.

Sebagai satu projek dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), saluran paip terbabit adalah saluran sumber tenaga utama yang menyambungkan China dengan beberapa banyak negara Asia Tengah.

Lin teruja akan pekerjaannya, yang melibatkan pemprosesan gas asli serantau secara teknikal, dan produk siap yang dihantar menyusuli Jalan Sutera ke arah timur. Setelah melalui Uzbekistan dan Kazakhstan, hantaran produk gas asli itu akan disambungkan dengan jaringan domestik China pada tapak Khorgos di Xinjiang, lalu dibekalkan kepada 300 juta populasi yang menetap di 27 buah provinsi, bandar dan wilayah.

Pengalaman bertugas di seberang laut membawa banyak peluang kepada Lin Qi dalam pertukaran dengan syarikat terkenal di seluruh dunia, sehingga membantunya memperluas pandangan dan meningkatkan kemahiran. Dengan adanya pengalaman berharga dalam tempoh tujuh tahun lalu, Lin mempunyai keinsafan yang semakin tajam terhadap pembangunan bersama dalam kerangka BRI, projek raksasa yang melibatkan ratusan buah negara dan modal bernilai RMB ratusan juta, malah wahana dan peluang kepada belia yang ingin menimba pengalaman dan melakar kecemerlangan.