Kapal Pembinasa China Kelas 052D Sertai LIMA2023

2023-05-16 15:43:33  CRI
Share with:

PLA China mengumumkan akan menghantar kapal pembinasa “Zhanjiang” (No.165 kelas-052D) dan Pasukan Akrobatik Tentera Udara “1 Ogos” untuk menyertai LIMA 2023.

 

Antaranya kapal pembinasa 052D merupakan yang kedua terkuat dan paling banyak berkhidmat dalam Angkatan Tentera Laut China. Kapal pembinasa yang memiliki berat maksimum sekitar 7000 tan ini mampu menyerangi sasaran laut dan darat, melaksanakan misi pertahanan udara dan anti kapal selam untuk armada serta misi menyekat dan penyelamatan.

 

Pihak China pula telah memamerkan model 052DE jenis eksport pada tahun lalu.

 

Boleh dikatakan penyertaan kapal pembinasa “Zhanjiang” dalam LIMA akan membantu pihak Malaysia memahami tahap mana yang boleh dinaiktarafkan bagi Kapal Misi Pesisir (LMS) buatan China.

 

Bagaimanapun dulu ada laporan bahawa Malaysia kurang puas hati atas kuasa tembak LMS buatan China kumpulan pertama dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan melawat ke Turkiye pada bulan Mac untuk merunding kontrak program LMS Batch 2.

 

Yang perlu memaklumkan adalah berdasarkan kontrak yang dimeterai kedua-dua negara, LMS ini hanya melaksanakan misi penyelamatan atau anti lanun di pesisir laut. Empat buah LMS hanya menelan belanja RM1.17 billion, ini termasuk pemindahan teknologi supaya dua LMS dibina di kilang Malaysia, sekaligus meningkatkan kemampuan dalam bidang industri pertahanan negara itu. Cuma akhirnya Malaysia memilih menyerahkan semua projek pembinaan kepada China supaya empat LMS itu boleh berkhidmat lebih awal.

 

LMS buatan China yang direka bentuk bermodul, mampu dinaiktarafkan dan dilengkapi peluru berpandu anti-kapal dan fasiliti yang lain secara mudah untuk bersesuaian dengan pelbagai jenis misi.

 

Kalau melihat kapal korvet kelas-ADA Turkiye yang menarik tumpuan Kementerian Pertahanan Malaysia, kuasa tembaknya memang lebih kuat berbanding LMS.

 

Bagaimanapun, bajet untuk tiga LMS Batch 2 mencatat RM2.2 bilion (US$530 juta) saja. Kalau melihat kontrak yang telah dimeterai antara Turkiye dengan Pakistan, empat kapal korvet kelas-ADA menelan belanja US$1.5 bilion.

 

Kapal korvet kelas-ADA yang memiliki berat maksimum 2400 tan tentulah lebih hebat berbanding LMS yang hanya seberat 700 tan, tapi harganya pula jauh lebih hebat.

 

Yang menarik, terdapat dua kapal frigat 054AP buatan China yang baru diserahkan kepada angkatan tentera Paksitan juga akan menyertai LIMA edisi kali ini dalam perjalanan balik ke Pakistan.

 

054AP yang seberat 4000 tan dilengkapi 32 unit sistem peluncuran vertikal (VLS), dua kali ganda berbanding Kapal korvet kelas-ADA yang dibeli dari Turkiye. 8 unit peluru anti-kapal, juga lebih banyak berbanding kapal korvet kelas-ADA. Tapi harganya hanya US$ 350 juta.

 

Satria yakin penyertaan kapal pembinasa “Zhanjiang” dan kapal frigat 054AP dalam LIMA akan memberi peluang kepada pihak Malaysia untuk mencari fasiliti pertahanan yang paling sesuai untuk keperluan sendiri.

 

Pada masa yang sama, China menghantar kapal pembinasa yang canggih dan Pasukan Akrobatik Tentera Udara “1 Ogos” yang buat kali pertama membuat persembahan dengan menggunakan J-10C di luar negara telah mencerminkan hubungan rapat dan rasa saling percaya yang tahap tinggi antara kedua-dua pihak. Dan inilah jaminan paling berkesan untuk keselamatan dan kestabilan serantau.