China Sudi Bantu Negara yang Terkesan 'Mocha'
China akan menyediakan bantuan kemanusiaan kecemasan sedapat mungkin kepada negara-negara seperti Myanmar yang terkesan dalam siklon Mocha mengikut keperluan mereka.
Demikian kata jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), Xu Wei pada Isnin.
“China amat prihatin terhadap bencana siklon kuat Mocha yang membadai negara-negara termasuk Myanmar dan sedang melakukan perhubungan rapat dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk mendapat maklumat berhubung kehilangan nyawa dan kerugian harta benda,” katanya.
Siklon Mocha yang mendarat dan melintasi wilayah Myanmar pada Ahad telah menyebabkan bencana serius di banyak tempat.
Setakat ini, seramai lima orang dilaporkan maut di Myanmar, hampir seribu rumah penduduk tempatan, lebih 60 sekolah dan 10 hospital serta pusat klinik musnah akibat terkena tempias bencana tersebut.
Buat masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan di kawasan bencana.