21 Maut Taufan Mocha Badai Myanmar

2023-05-17 13:10:09  CRI
Share with:

Seramai 21 orang dilaporkan maut akibat taufan Mocha yang membadai Myanmar sejak Ahad lalu.

Menurut laporan Stesen TV Negara Myanmar, taufan Mocha menjejaskan 11 negeri dan wilayah melibatkan 769 komuniti atau kampung.

Lebih 10,000 kediaman penduduk, 163 sekolah, dua lapangan terbang dan 29 hospital atau pusat klinik musnah akibat siklon kuat itu.

Negeri Rakhine antara yang mengalami kerugian paling serius, dengan bekalan elektrik dan komunikasi terputus secara besar-besaran.

Data pemantauan meteorologi menunjukkan bahawa taufan Mocha menjadi semakin lemah pada petang Isnin.