China, Asia Tengah Dilimpahi Persahabatan dan Kerjasama

2023-05-17 14:49:11  CRI
Share with:

Daripada kain sutera dan barang porselin pada zaman purbakala hingga kelengkapan rumah pintar dan telefon mudah alih pada zaman sekarang, Jalan Sutera menyaksikan terjalinnya ikatan muhibah antara China dengan Asia Tengah.

Satu aktiviti diplomatik penting yang semakin menjelang bakal menampilkan wajah segar rangkaian perdagangan kuno yang merentasi Asia itu.

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah pertama akan berlangsung di Xi'an, provinsi Shaanxi bermula 18 hingga 19 Mei.

Dalam senario dunia menghadapi perubahan besar yang tidak pernah dilihat dalam seabad, adalah besar maknanya enam orang ketua negara berhimpun di titik permulaan Jalan Sutera kuno itu.

Ungkapan seperti ‘jiran terdekat, kenalan rapat, rakan kongsi sejati’ merupakan gambaran sebenar hubungan antara China dengan lima negara Asia Tengah.

Sejak penjalinan hubungan diplomatik antara China dengan negara berkenaan pada 1992, hubungan kedua-dua pihak kebal daripada pelbagai ujian ekoran perubahan situasi antarabangsa.

Status jalinan ikatan turut dinaikkan kepada tahap perkongsian strategik yang menyeluruh, dengan prestasi kerjasama segenap bidang kekal cemerlang.

Apakah dorongan di sebalik itu?

Hakikinya, keakraban serta kemesraan lebih banyak dipayungi kepimpinan ketua negara menerusi pelbagai program diplomasi.

Pada masa ini, China dan Asia Tengah berada pada fasa pembangunan yang penting. Dengan latar belakang ini, sidang kemuncak di Xi’an itu diadakan tepat pada masanya. 

Ia diyakini mampu memperkukuh lagi rasa saling percaya strategik serta memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang.

Negara-negara Asia Tengah berada di pedalaman, dan menjadikan pembangunan sebagai keutamaan mereka.

China dan negara berkenaan saling melengkapi dalam ekonomi. Khususnya, terciptanya peluang pembangunan besar di antara satu sama lain setelah Presiden Xi Jinping mengetengahkan inisiatif untuk membina bersama Jalur Ekonomi Jalan Sutera semasa melawat ke Kazakhstan pada 2013.

Rakan-rakan di Asia Tengah sering mengatakan bahawa walaupun jauh dari laut, tetapi mereka sangat dekat dengan China kerana pasaran gergasi di negara itu merupakan laut mereka.

Kini, China dan Asia Tengah sedang mengukuhkan kerjasama dalam tenaga alternatif, ekonomi digital, teknologi tinggi dan bidang lain.

Persahabatan yang sejati dan kerjasama yang praktikal membuat hati rakyat kedua-dua pihak semakin dekat.