“Aerial Taiwan” Tunjungkan Tanggungjawab Media
“Aerial Taiwan”, episod terakhir siri filem dokumentari “Aerial China” buatan CCTV ditayangkan baru-baru ini. Sehari saja selepas dimuat naik ke internet, segera menarik lebih 100 juta kali tayangan.
Filem ini dimulakan dengan lagu “Grandma's Penghu Bay” dari penyanyi Taiwan pada 1979 tapi menyebarluas di seluruh negara China, memperlihatkan pemandangan indah dari pantai pulau itu ke gunung yang tinggi, dari adat resam yang sama para nelayan di kedua-dua belan Selat hingga kedai teh susu di tepi jalan, sekaligu juga memperlihatkan ikatan erat rakyat kedua-dua belah Selat Taiwan.
Ada netizen Taiwan menyatakan di media sosial bahawa mengapa media tempatan kurang kemampuan mengeluarkan filem yang begitu berkualiti dan mempromosi pemandangan dan adat resam Taiwan?
Manakala kebanyakan netizen Tanah Besar komen bahawa Tasik Riyuetan (Tasik Matahari dan Bulan) memang seindah seperti tercatat dalam buku teks sekolah rendah. Ada juga menyatakan telah melihat tanglung yang tertulis Provinsi Sichuan, iaitu kampung halamannya tergantung pada kapal dalam upacara sembayang. Turut ada netizen menunjukkan tanglung yang tertulis Provinsi Hubei, Provinsi Fujian, Provinsi Jiangsu dan juga Provinsi Taiwan.
Media dan netizen di Tanah Besar selalu sangat berminat untuk memahami Taiwan, sebab selalu melihat penduduk di Taiwan sebagai saudara mara. Bagaimanapun sebahagian media Taiwan selalu menghitamkan Tanah Besar mengikuti rejim “kemerdekaan Taiwan”, ini mengekorkan penduduk Taiwan mempunyai salah faham yang mendalam terhadap Tanah Besar.
Misalnya ada “pakar” tempatan memberitahu para penonton dalam program temu ramah stesen televisyen bahawa penduduk Tanah Besar sangat miskin hingga tidak mampu makan telur. Ada juga yang menyatakan tikus merupakan sumber daging utama bagi penduduk di kawasan desa China. Bahkan ketika media Taiwan melaporkan bekas Presiden Kuomintang, Ma Ying-jeou menaiki kereta api laju di Tanah Besar, ada “pakar” menganalisis amat serius bahawa kerusi dalam kereta api lagi di Tanah Besar sebenarnya tiada sandaran…
Taiwan selalu disanjung tinggi sebagai “tanah yang bebas” oleh Barat. Tapi faktanya sekatan maklumat terhadap penduduk sangat ketat. Bukan hanya kurang saluran untuk memahami keadaan sebenar di Tanah Besar, bahkan begitu banyak pakar menyebarkan pelbagai jenis bohongan untuk menghitamkan Tanah Besar.
Jelas, strategi ini sudah berjaya menipu banyak penduduk Taiwan, terutamakan kaum belia.
Baru-baru ini ada vlogger tempatan membuat temu ramah dengan mahasiswa di sekitar Universiti Teknologi China di bandar Taipei. Persoalan mengenai tahukah mengapa universiti itu dinamakan dengan “China”? Apakah pandangan mengenai Tanah Besar?
Semua mahasiswa tidak tahu universiti mereka diasaskan pada 1965 oleh seorang pegawai kanan Kuomintang yang berasal dari Provinsi Hunan, dan mengundur ke Taiwan pada tahun 1945. Bagi generasi tua, mereka adalah orang China, Taiwan dan Tanah Besar sama sebahagian dari China. Universiti yang ditubuhkannya tentulah sesuai dinamakan dengan “China”.
Tapi hanya puluhan tahun sahaja, generasi muda di Taiwan sudah sepakat berpendapat Tanah Besar adalah tempat yang sangat ketinggalan dan mereka tidak berkaitan dengan China meskipun belajar di Universiti Teknologi China, dan datuk nenek mereka berasal dari pelbagai provinsi di Tanah Besar.
Penduduk kedua-dua Selat Taiwan mempunyai sejarah, budaya, adat resam yang tidak mungkin dipotongkan dengan bohongan sebahagian tokoh politik, pakar dan media. Media sepatutnya memainkan peranan menggalakkan komunkasi dan persefahaman antara rakyat, memberi sumbangan kepada prospek cemerlang bangsa China dan serantau.