China-Asia Tengah, Jauh Di Mata Dekat Di Hati

2023-05-19 16:17:29  CRI
Share with:

Baru-baru ini lukisan mural snow leopard setinggi beberapa tingkat pada dinding sebuah bangunan di Almaty, Khazakstan ditukar menjadi iklan Coca Cola. Ini menjadi tular di media sosial tempatan.


Snow leopard merupakan lambang rasmi Khazakstan. Ia pernah menjadi maskot Sukan Asia Musim Sejuk 2011. Ada netizen tempatan mempersoalkan, terdapat begitu banyak bangunan di Almaty, mengapa mesti mengganti lukisan mural snow leopard?


Ada komen yang menyifatkan penggantian ini sebagai usaha “budaya” Barat memusnahkan semangat bangsa lain. Kempen memboikot Coca Cola turut diadakan sebagai bantahan terhadap penggantian lukisan mural tersebut.


Berbanding “pertukaran budaya” Barat dengan Asia Tengah, hubungan persabahatan antara China dengan rantau ini bermula pada Dinasti Han(tahun 206 Sebelum Masihi--220 Masihi). Sejak itu, Asia Tengah selalu merupakan hub pengangkutan penting di Jalan Sutera.


Sami Xuanzang China yang mengembara ke “rantau Barat” pada Dinasti Tang(tahun 618 hingga 907 Masihi) pernah melawat ke Samarkand(ibu negara Uzbekistan sekarang) dan menulis catatan perjalanan bahawa “harta karun dari pelbagai tempat berkumpul di sini”.


Lukisan Menyumbang Singa” yang dihasilkan pada 1483 menceitakan duta Sudan Negeri Samarkand menyumbang dua ekor singa kepada Maharaja Dinasti Ming(tahun 1368 hingga 1644). Disebabkan singa telah luput di Asia Timur pada masa itu, baginda sangat gembira dan menghadiahkan harta karun yang bernilai beberapa kali ganda kepada duta tersebut untuk dibawa balik ke Samarkand. Lukisan ini masih disimpan dalam Muzium Kota Larangan Taipei pada masa ini.


Pada masa kini, pemimpin China dan lima negara Aisa Tengah, termasuk Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan berkumpul di bandar Xi’an yang pernah merupakan ibu kota Dinasti Han dan Tang yang juga titik tolak Jalan Sutera, untuk mengembangkan persabahatan dan kerjasama.


Sepuluh tahun yang lalu, Presiden China Xi Jinping buat kali pertama mengemukakan konsep “Jalur Ekonomi Jalan Sutera” ketika menyampaikan ucapan di Universiti Nazarbayev, Khazakstan. Konsep ini seterusnya berkembang menjadi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).


Dalam tempoh 10 tahun ini, perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah yang berlepas dari Xi’an telah disediakan sebanyak 17 ribu kali. Antaranya 4200 kali menuju ke negara-negara Asia Tengah.


Berbanding hanya membawa barangan produk China ke Asia Tengah pada awalnya, kini kereta api kargo bukan sahaja menghantar produk China ke rantau tersebut, tetapi juga membawa balik pelbagai produk tempatan seperti madu, bir, gandum, kacang hijau, daging lembu dan kambing dan lain-lain.


Selain Xi’an, banyak bandar China lain seperti Shanghai, Zhenzhou dan Urumuqi turut menyediakan perkhidmatan kereta api kargo ke Aisa Tengah. Misalnya perkhidmatan kereta api kargo yang berlepas dari bandar Jinhua, provinsi Zhejiang telah mencatat lebih 1000 kali sejak tahun 2017. Cara pengangkutan yang menggunakan kuda dan unta di Jalan Sutera pada zaman purba telah berubah menjadi jaringan kereta api pada masa kini.


Data Kementeri Perdagangan China menunjukkan, perdagangan antara China dengan lima negara Asia Tengah tersebut meningkat 100 kali ganda dalam tempoh 30 tahun  sejak terjalinnya hubungan diplomatik. Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak mencatat USD70 bilion tercapai pada tahun 2022, lebih awal daripada tempoh dijadualkan. Manakala jumlah perdagangan   kedua-dua pihak menyaksikan peningkatan sebanyak 22% pada tiga bulan pertama tahun ini.


Pelaburan langsung China terhadap lima negara tersebut  menokok USD15 bilion. Projek pembinaan infrastruktur pula bernilai USD63.9 bilion.


Dengan kelancaran logistik dan kesalinghubungan infrastruktur, produk dan dana beredar pesat di Asia Tengah. Kerjasama China dengan negara-negara terbabit juga diteroka dalam bidang baharu yang melibatkan tenaga baharu, e-dagang, data raya, AI, 5G dan lain-lain.


Sejak konsep Jalur Ekonomi Jalan Sutera dikemukakan pada 10 tahun yang lalu, China turut menganjurkan Forum Jalur dan Laluan, Dialog Tamadun Asia dan pelbagai aktiviti yang lain, selain mengemukakan konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan, Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Tamadun Global. Inti patinya bertujuan menggalakkan kerjasama, memelihara kedamaian dunia bagi mewujudkan pembangunan bersama.


Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kali ini dipercayai akan terus memberi sumbangan kepada kestabilan dan kemakmuran serantau.