Sumbangan China, Asia Tengah Diperlukan Dunia

2023-05-20 14:41:09  CRI
Share with:

Ucaptama Presiden Xi Jinping pada perasmian Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang pertama mendapat sahutan positif dalam kalangan pemimpin lima negara terbabit, khususnya persepsi beliau terhadap perlunya Asia Tengah yang stabil, makmur, harmoni dan saling hubung.

Kini, China dan lima negara Asia Tengah berdepan ujian getir akibat perubahan situasi global, dan kesemuanya berada pada tahap kritikal pembangunan dan pemajuan.

Kedua-dua pihak bergerak sehaluan ke arah kebangkitan bangsa. Ini merupakan daya penggerak utama yang menyumbang kepada jalinan ikatan semakin rapat.

Bagaimana membina komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah pada era baharu? Jawapan Beijing adalah sinergi dibentuk untuk mewujudkan sokongan antara satu sama lain, pembangunan bersama, keselamatan universal dan persahabatan berkekalan.

Mengenai kolaborasi kedua-dua pihak, Xi turut memberi penekanan kepada beberapa aspek terperinci, seperti menyempurnakan pembentukan mekanisme, memperluas ikatan ekonomi dan dagangan, memperkukuh kesalinghubungan, memperkasa kerjasama tenaga, menggerakkan inovasi hijau, dan lain-lain.

Antaranya, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjadi tali penghubung yang merapatkan kerjasama antara China dengan Asia Tengah.

Seperti yang dinyatakan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev, “Kami semua mendapat manfaat daripada perhubungan dengan China. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menjayakan kerjasama seumpama ini."

Dalam senario situasi global makin rumit, kerjasama terbuka dan inklusif antara China dengan lima negara Asia Tengah akan memberi kesan positif kepada rantau dan dunia.

Ucaptama Xi berkenaan dapat memberikan pendedahan kepada dunia luar tentang pendirian dan visi China untuk memantapkan ikatan kolaborasi dengan negara Asia Tengah selepas penelitian rapi dilakukan terhadap landskap global.

Dalam konteks ini, komuniti berkongsi nasib yang lebih erat bukan sahaja bermanfaat bagi kedua-dua pihak memperkukuh lagi ikatan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama, tetapi juga menyumbang kekuatan baharu kepada keadilan antarabangsa, sambil menunjukkan contoh kepada negara membangun untuk bersatu padu dan bermandirian.