Angkatan Tentera Sudan Umum Patuhi Perjanjian Gencatan Senjata

2023-05-22 14:41:22  CRI
Share with:

Angkatan Tentera Sudan semalam mengumumkan akan mematuhi perjanjian gencatan senjata jangka masa pendek dan atur cara kemanusiaan berkenaan yang ditandatangani dengan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu lalu.

Jurucakap Angkatan Tentera Sudan dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa pihaknya membuat komitmen terhadap perjanjian berkenaan dan juga berharap agar RSF pun mematuhi janji yang dibuatnya.

Kedua-dua pasukan tersebut telah menandatangani perjanjian di Jeddah, Arab Saudi pada malam Sabtu lalu.

Menurut perjanjian terbabit, gencatan senjata berkuatkuasa selama 7 hari bermula malam 22 Mei waktu tempatan. Dalam sebuah kenyatan diumumkan semalam, Liga Arab menunjukkan bahawa kedua-dua pihak berkonflik di Sudan dialu-alukan mencapai perjanjian gencatan senjata jangka masa pendek demi pembekalan bantuan kemanusiaan kecemasan. Ketua Setiausaha Liga Arab, Ahmed Ali Abul Gheit menegaskan bahawa kedua-dua pihak bertelagah sepatutnya menjalankan perjanjian tersebut secara menyeluruh.