Filem “The Covenant” Cermin Janji AS Tak Boleh Dipercayai
Hollywood sememangnya ‘genius’ bagi menampakkan perang yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat di seluruh dunia seolah-olah ia adalah perkara yang betul.
Ketika tentera AS mengundurkan diri dari Afghanistan secara tiba-tiba, Satria dapat bayangkan bahawa pasti akan ada filem mengenai peristiwa ini.
Kini filem ini telah ditayangkan, iaitu “The Covenant” yang dilakon oleh Jake Gyllenhaal dengan pengarahnya Guy Ritchie.
Cuma filem ini sebenarnya secara tidak langsung memberitahu para penonton bahawa komitmen kerajaan AS tidak boleh dipercayai.
Dalam tempoh Perang Afghanistan selama 20 tahun, AS mengupah sekurang-kurangnya 50 ribu orang penduduk tempatan sebagai penerjemah dan janji akan memberi visa AS kepada keluarga mereka.
Filem itu menceritakan seorang askar AS yang diselamatkan oleh penterjemah dalam pertempuran, tapi penterjamahnya pula kemudiannya ditinggalkan di Afghanistan dan menjadi sasaran Taliban. Akhirnya, askar itu kembali ke Afghanistan untuk menyelamatkan penterjemah dan keluarganya.
Katanya, filem ini dicipta berasaskan situasi sebenar. Tapi, faktanya telah disaksikan oleh seluruh dunia melalui siaran langsung dari Lapangan Terbang Kabul pada Ogos 2021.
Ramai penduduk Afghanistan yang pernah berkhidmat untuk tentera AS bergayut di luar pesawat terbang C-17 yang berlepas tanpa mengambil peduli bahawa begitu ramai orang berada di landasan pesawat, dengan sekurang-kurangnya dua orang kelihatan terjatuh dari pesawat yang sedang terbang.
Filem ini tiada kaitan mengenai janji kerajaan AS di Afghanistan, cuma cerita mengenai balas budi.
Lebih banyak fakta mengenai perang ini tidak diceritakan
dalam filem Hollywood.
Berdasarkan statistik kasar Univertisi Boston, sekurang-kurangnya 241 ribu orang Afghanistan terbunuh dalam operasi ketenteraan AS, antaranya termasuk 71 ribu penduduk jelata.
Pasukan Khas Australia didapati membunuh rakyat jelata sebagai latihan, dengan cara yang lebih cukup ganas seperti memotong leher.
Berdasarkan data PBB, lebih 18.9 juta penduduk Afghanistan menghadapi masalah kekurangan bahan makanan. Manakala, 1.1 juta kanak-kanak tempatan pula berkemungkinan mati ekoran kelaparan.
Dalam 20 tahun ini, lebih 800 ribu askar AS ditempatkan ke Afghanistan. Antaranya lebih 1/3 veteran menderita akibat PTSD dan lebih 114 ribu veteran membunuh diri sejak 2001.
Setelah “Perang Antikeganasan” selama 20 tahun, AS yang menceroboh Afghanistan dengan alasan membenteras Taliban kemudian mengembalikan negara ini kepada Taliban. Ya, ia adalah pelik, tapi ia juga adalah hakikat.