Pengalaman dalam Penggunaan Semula Gelanggang Stadium Pertandingan China Mampu Jadi Teladan : Thomas Bach

2023-05-22 15:10:36  CRI
Share with:

Pengalaman dalam penggunaan semula gelanggang stadium pertandingan oleh China mampu menjadi teladan untuk penganjuran Sukan Olimpik edisi yang seterusnya.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach ketika menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) di Gelanggang Luncur Laju Kebangsaan, atau lebih dikenali sebagai Reben Ais, di sini, mutakhir ini.

"Kemudahan Sukan Olimpik bukan sahaja digunakan semula, tetapi dibuka kepada awam. Manakala stadium-stadium Sukan Olimpik Beijing pula dipenuhi pengunjung yang menikmati aktiviti sais dan salji pada musim sejuk yang baru berlalu ini," ujar beliau.

Menurut Bach, meskipun aktiviti ais dan salji sudah terwujud sejak sekian lama di dunia, namun skalanya meningkat ketara selepas lebih 300 juta warga China terlibat dalam aktiviti terbabit selepas Sukan Olimpik Beijing musim sejuk 2022.

Beliau berkata, ia sekali gus menjadi penanda aras dalam sejarah aktiviti sukan ais dan salji serta catatan perkembangan Olimpik antarabangsa.