Sukan Asia Hangzhou Dinanti-nantikan, kata Thomas Bach

2023-05-22 15:13:35  CRI
Share with:

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach  menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) di Gelanggang Luncur Laju Kebangsaan, atau lebih dikenali sebagai Reben Ais, di Beijing mutakhir ini.

“Kemudahan Sukan Olimpik bukan sahaja digunakan semula, tetapi dibuka kepada awam. Manakala stadium-stadium Sukan Olimpik Beijing pula dipenuhi pengunjung yang menikmati aktiviti sais dan salji pada musim sejuk yang baru berlalu ini,” ujar beliau.

Menurut Bach, meskipun aktiviti ais dan salji sudah terwujud sejak sekian lama di dunia, namun skalanya meningkat ketara selepas lebih 300 juta warga China terlibat dalam aktiviti terbabit selepas Sukan Olimpik Beijing musim sejuk 2022.

Beliau berkata, ia sekali gus menjadi penanda aras dalam sejarah aktiviti sukan ais dan salji serta catatan perkembangan Olimpik antarabangsa.

Ketika mengulas tentang Sukan Asia yang bakal diadakan di bandar Hangzhou, China dengan temanya Heart to Heart, @Future, Bach berpendapat bahawa slogan tersebut selaras dengan moto Olimpik yang menggalakan golongan belia untuk bersatu padu, dan bersama-sama menuju ke masa hadapan.

“Sukan Asia mempunyai kedudukan yang sungguh signifikan dalam sukan Olimpik, dan juga temasya sukan komprehensif dengan skala paling besar di sesebuah rantau setakat ini.

"Kami mengikuti perkembangan Asia yang dinamik, dan tersentuh melihat minat golongan belia terhadap sukan.

"Saya menanti-nantikan penganjuran Sukan Asia Hangzhou dan pasti akan menghadiri temasya sukan tersebut.” tambah beliau.