UNESCO Luluskan Resolusi Penubuhan Institusi Pendidikan STEM di Shanghai

2023-05-23 15:30:17  CRI
Share with:

Resolusi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tentang penubuhan institusi pendidikan kategori I bagi membina kapasiti dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di Shanghai diluluskan pada sesi ke-216 Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris pada Isnin.

Wakil-wakil negara anggota Lembaga Eksekutif berturut-turut menyatakan penghargaan dan terima kasih  atas sokongan China kepada UNESCO.

Mereka juga menyatakan keyakinan bahawa institusi itu akan menyumbang kepada pelaksanaan misi UNESCO dan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030 PBB.

Menurut peraturan, resolusi Lembaga Eksekutif berhubung penubuhan institusi di China itu akan diserahkan kepada Perhimpunan Agung PBB ke-42 pada bulan November untuk kelulusan.

Ia akan menjadi institusi kategori I UNESCO yang pertama yang ditubuhkan di China dan juga yang pertama di luar Eropah.