China Sekat Micron Demi Keselamatan Negara

2023-05-23 15:53:05  CRI
Share with:

Setelah mengadakan pemeriksaan selama 7 minggu, Kastam dan Jabatan Pemeriksaan Keselamatan Internet China mengenalpasti produk Micron, syarikat cip memori semikonduktor Amerika Syarikat(AS) mempunyai risiko keselamatan internet dan menjadi ancaman besar bagi rantaian bekalan infrastruktur maklumat China, dan mengumumkan menghentikan semua perbelanjaan dari syarikat tersebut.

 

Ini kali pertama kerajaan China mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat semikonduktor AS.

 

Untuk rekod juga, pendapatan Micron dari pasaran China pernah mencatat USD17.357 bilion pada tahun 2018, iaitu mencakupi 58% daripada keseluruhan pendapatan syarikat tersebut.

 

Bagaimanapun, memetik laporan Asia Times pada 4 April lalu, syarikat yang mendapat feadah besar dari pasaran China ini telah membayar lebih kurang USD10 juta untuk melobi dan membuat aduan kepada Washington sebanyak 170 kali!

 

Dan, kebanyakannya adalah untuk menyerang pesaingnya di China sejak 2018 hingga 2022.

 

Berdasarkan data kerajaan AS, Micron merupakan syarikat yang melobi paling banyak dalam bidang semikonduktor. Sasarannya melibat SMIC, Huawei dan pelbagai syarikat China yang lain.

 

Sikap Micron tentulah menimbulkan kebimbangan dari pihak China. Sebagai antara tiga syarikat cip memori semikonduktor terbesar di dunia, Micron telah menyekat pengeksportan sebahagian produknya ke China.

 

Dengan erti kata lain, mengurangkan kebergantungan kepada sebuah syarikat yang jelas bersikap permusuhan bersesuaian dengan keselamatan negara China.

 

Yang menarik, pihak Micron dan kerajaan AS pula jelas memahami respons yang akan diambil oleh China dan mengambil tindakan sebelum keputusan tersebut diumumkan.

 

Berdasarkan laporan Financial Times, sebelum lawatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ke AS pada bulan April, pihak AS menuntut Yoon memberi tekanan kepada syarikat Korea Selatan supaya jangan merebut kuota Micron di pasaran China sekiranya syarikat tersebut dikenakan sekatan oleh kerajaan China.

 

Samsung dan SK Hynix pula merupakan dua syarikat cip memori semikonduktor terbesar di dunia selain Micron.

 

Yang penting untuk ditegaskan, setakat ini kerajaan China hanya mengenakan sekatan terhadap sebuah syarikat AS yang mengambil tindakan permusuhan dan menjadi ancaman keselamatan negara China.

 

Manakala sekatan AS menyasarkan seluruh bidang semikonduktor China. Bahkan, syarikat Korea Selatan dan beberapa negara lain seperti Toshiba dari Jepun, Siemens dari Jerman dan Alston dari Perancis juga menghadapi dasar “ekonomi paksaan”nya.

 

Selain memberi tekanan kepada pesaing dari Korea Selatan, AS juga menyediakan subdisi untuk memujuk mereka membuka kilang di negara itu. Bagaimanapun, prasyaratnya adalah mereka perlu menyerahkan pelbagai data inti pati operasi syarikat kepada kerajaan AS dan berkongsikan keuntungan dengan AS.

 

Satu fakta yang perlu ditegaskan, meskipun kerajaan AS telah melaksanakan sekatan dalam bidang semikonduktor sejak 2018, pelbagai syarikat semikonduktor dari seluruh dunia, termasuk Samsung dan SK Hynix serta syarikat-syarikat domestik AS turut memohon berkecuali untuk sementara waktu supaya mengekalkan pengeksportan terhadap pasaran China.

 

Kerajaan China pula membuka pintu mengalu-alukan pelaburan syarikat-syarikat pelbagai negara, termasuk AS di sini.

 

Untuk makluman, kilang cip memori SK Hynix yang terbesar di dunia terletak di bandar Wuxi, kampung Satria dan ada kawan Satria kini bekerja dalam kilang tersebut.

 

Kerjasama dengan China dari pengeluaran hingga pasaran selaras dengan kepentingan semua pihak, kecuali menghadapi guangguan dari AS.