China Gesa Pihak Berkonflik Sudan Berunding

2023-05-23 15:04:10  CRI
Share with:

China selaku rakan dan sahabat baik Sudan berharap dengan ikhlas agar dua pihak berkonflik berdasarkan pertimbangan terhadap kedamaian negara dan kesejahteraan rakyat mewujudkan gencatan senjata dengan secepat mungkin, dan memilih menangani perselisihan  melalui rundingan.

Naib wakil tetep China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing dalam satu sesi perbahasan tentang isu Sudan anjuran Majlis Keselamatan PBB pada Isnin menyatakan bahawa  China selama ini mengikuti perkembangan situasi antara dua pihak berkonflik di Sudan yang sudah mencapai gencatan senjata sementara buat beberapa kali serta  menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Jangka Pendek dan Gerak Kerja Bantuan  Kemanusiaan di Jeddah Arab Saudi pada 20 Mei lalu. Tugas yang paling mendesak  buat masa sekarang adalah memastikan perjanjian itu dipatuhi serta keselamatan rakyat jelata dan kemudahan awam terjamin, manakala memudahkan pembekalan bantuan kemanusiaan. China berharap dua pihak berkonflik meneruskan rundingan agar mencapai perjanjian yang lebih konsisten tentang gencatan senjata dan gerak  kerja politik supaya dapat membawa pembangunan negara Sudan kembali ke jalan  tepat.

Dai menambah, China memuji dan menyokong pertubuhan serantau termasuk Liga Arab, Persatuan Afrika dan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) serta negara berkenaan memainkan peranan utama dalam menggalakkan rundingan damai, serentak itu menyeru PBB dan rakan antarabangsa menyokong usaha pertubuhan-pertubuhan serantau yang boleh menyediakan masa dan ruang bagi usaha pengantara.