China Seru Tindakan Kondusif bagi Keselamatan Bijirin

2023-05-24 15:11:58  CRI
Share with:

Wakil tetap China di PBB, Zhang Jun menyeru pelbagai negara agar terus menyelesaikan konflik melalui dialog, rundingan dan pengantaraan, membantu kawasan konflik kembali ke keadaan yang aman dan stabil secepat mungkin supaya dapatmencipta syarat yangbermanfaat bagi keselamatan rakyat jelatadan bijirin.

Zhang berkata sedemikian dalam satusesi perbahasan terbukaanjuranMajlis Keselamatan PBBberhubung isu keselamatan bijirin dan perlindungan terhadap pendudukawam dalam konflik bersenjata.

China menyeru pihak-pihak yang selamainimenghulurkan bantuan menambah bantuan kemanusiaan kecemasan dari segi bijirin dan modal kepada negara yang mempunyaikeperluan.

Zhang berkata, penangguhansekali lagi perjanjian penghantaran bijirin Laut Hitam keluarbaru-baru iniakan memberi manfaat bagi menjamin pembekalan bijirin antarabangsa. China mendesak negara terbabit mengambil kira impak susulan dan kepentingan negara-negara membangun ketika menggubal dasar kewangannya supaya dapatmengelakkan pergolakan harga bijirindaripadaberlaku.

Zhang berkata, China jugamenyeru negara berkenaan menyusunsemula dasar subsidi untuk mengurangkan impak terhadap pasaran produk pertanian di negara-negara membangun.

Menurut Zhang, China sentiasa berperanansebagaipendorong dan penyumbang dalamkerjasama bijirin antarabangsa,dan bersedia terus bersama-sama pelbagai negarauntuk melaksanakan InisiatifPembangunan Global (GDI) anjuran China, mengintensifkan kerjasama bidang keselamatan bijirin dan pembasmian kemiskinan, bersama-sama membina dunia yang bebas daripada peperangan, konflik, kebuluran dan kemiskinan.